Klik-klik ajerr
Tuesday, January 20, 2009
KEK PANDAN SANTAN
jom kita layan resipi dari sofinar@myresipi.com
Bahan-bahan :
4 biji telor gred A (kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
360g gula pasir (aku guna gula castor)
1biji kelapa = jadikan 400 ml santan
8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
400g tpg gandum = diayak (aku guna tepung berserbuk penaik)
4 sudu teh baking powder
Cara-cara :
pukul gula dan telor hingga kembang
masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
masukkan tpg dan kacau hingga sebati
akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek, bakar 180 C dan bakar 45 minit (aku gris loyang dgn marjerin)
Monday, January 19, 2009
DONUT
Jom layan resipi dari HaSue@myresipi.com
Bahan-bahan (aku buat separuh je dari adunan ni ..tu pun dpt bnyk jugak..puasla makan)
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (aku campur 2 jenis tpg - tpg roti dan tpg gandum sebab stok tpg roti ada sikit je)
1 Peket Yis Segera(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan) - aku x letak pun sebab xde
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Tepung Susu(kalo xde,boleh gantikn dgn 2 sudu susu pekat) - aku guna susu pekat je
1 Bji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
DAGING MASAK KICAP SOS TOMATO
Monday, January 12, 2009
ROTI LAPIS BERDAGING
sepeti yang dijanji inilah resipi bagi roti lapis berdaging....aku jumpa resipi ni kat blog KAK UMMI KUANTAN...aku c&p je resipi nih...
Bahan:- (6 - 8 orang)
3 biji kentang dipotong dadu (aku guna 4 biji)
500 gm daging cincang (aku kisar sendiri daging)
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (aku guna 1 paket kecil rempah kari daging adabi)
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (aku guna telur je sebab cheese xde)
marjerin untuk melenser loyang
Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.
CHOCOLATE CHIPS CREAMCHEESE MUFFIN@CAKE
belambak2...pening..pening...pening..badan ni pun dah rasa lain macam je..seram sejuk dah ni..tambah ngan batuk plak..selsema lagi...kepala plak rasa pusing semacam je...ikut hati nak mc je..tapi memikirkan nak settle beberapa surat penting ni..terpaksa la keja jugak..nak gi klinik pun x sempat lagi ni...nak dijadikan cerita aku memang dah kluar nak gi klinik tadi...tetiba teserempak plak ngan bos kat luar ofis..dia plak nak gi outstation..mcm2 plak dia suruh buat..eem..terus pusing masuk ofis balik...tension aku...
nak dijadikan cerita muffin ni aku buat sebab ada lebihan creamcheese masa buat blueberry cheese tart aritu...asalnya ini memang resipi muffin tapi lepas je masak muffin tu hubby dah makan terus..dia kata sedap sgt muffin ni x puas makan kecik2 gitu...so dia suggest masak je mcm kek..lagi puas makan sebab bole potong besar2...aku pun malas gak nak buat muffin kecik2 ni..lambat..so nak cepat terus je aku masuk lebihan adunan tu dalam dan bakar terus jadi kek...eeem..sedappp sebab ada rasa cheese kat atas kek tu..tambah ngan chocolote chips lagi..memang habis licin le...cam biasala resipi ni dpt dari BLOG KAK UMMI KUANTAN...memang aku suka blog akak ni..mcm2 dia masak..
Bahan :-
80 gm gula kastor
2 biji telor (saiz besar)
180 gm tepung kek/tepung naik sendiri (*)
1 sudu teh baking powder (*) - diayak bersama
1/4 sudu teh garam
60 gm fresh milk
70 gm butter - dicairkan
Cream Cheese Filling: (aku guna lebihan creamcheese yg aku buat blueberry cheese tart ari tu - methodnya sama je ngan cream cheese ni)
100 gm cream cheese - dilembutkan pd suhu bilik
1 1/2 sudu makan gula kastor
2 sudu teh jus lemon
sedikit choc chips - untuk tabur atas muffin
Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180 C. Pukul telor dan gula kastor dengan whisk hingga ringan dan gebu. Masukkan susu segar dan mentega cair ke dalam adunan tadi dan kacau. Tuangkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi dan kacau sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan skopkan 1 sudu makan cream cheese filling ke atasnya dan taburkan dengan sedikit chocolate chips. Bakar selama 20 minit/hingga kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas wire rack.
inilah rupanya muffin dah jadi kek....