Klik-klik ajerr

Thursday, February 16, 2012

CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE....TERBAIKKKK......

 lamanya rasa aku tak update blog ni...dah berminggu n3 daging kashmir tu..agaknya kalau gi kashmir memang dah bole patah balik Malaysia semula dah...huhuhuhu...agak bz lately ni ngan keja2 kat ofis yg banyak tambah plak ada family matters yg perlu diuruskan.....tapi arini mood happy sebab suami tercinta nak balik  setelah 3 hari 2 malam berkursus..yeeeeeeyyyyyyy......so sebab mood happy arini meh aku jamu korang ngan Chocolate & Cappucino Cheesecake...jamu mata jela yer..kalau nak rasa kenala try buat..memang sangat2 sedappp..super duper sedappppp...terbaikkkkk bagi penggemar tegar cheesecake cam aku....tak rugi buat cheesecake ni sebab sangat2 sedap yer sebab asben aku yg tak suka cheesecake pun leh makan berulang kali...so nak kata apa lagi...apapun tq sangat2 pada Kak Nor Secubit Garam sebab sudi berkongsi resipi cheesecake yg super duper sedap ni...


CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE
(saiz loyang springform 23cm/9in)

Bahan:
A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan

B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:
A:
Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C: 
Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau. 
Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.
Kemudian bolehlah dihidangkan.


Thursday, February 2, 2012

DAGING KASHMIR

aritu masa masak nasi mandhi tu aku masak jugak daging  kashmir sebagai lauk sampingan sebab nak ada kuah2 sikitla masa makan tu sebab aku ni jenis kalau makan tak suka  nasi kering2 cam gitu...mesti nak ada kuah2 sikit kasi lembap2 sikit nasi tu....kebetulan plak nak menghabiskan stok daging yg seciput tu....


Resipi asal adalah Ayam Kashmir tapi aku masak daging so  tukarle  jadi Daging Kashmir


Resipi adalah dari dapur Dayang
1/2 kg ayam - dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka (aku tukar daging)

Bahan A
6 biji bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
3 bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
rempah 4 sekawan 
sedikit daun kari

Bahan B
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato - dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang - dipotong

Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. 
Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. 
Biarkan ia masak. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.  
Hidangkan setelah masak.


Resipi yang cukup simple dan mudah disediakan tapi yang penting sedapp....kalau nak tau kenala cuba yer...


Homemade Rempah Kabsa



meh aku share camne nak wat rempah kabsa sebab susah nak cari rempah ni kat kedai2 biasa kan...aku jumpa cara camne nak wat rempah ni kat blog Resipi Raidah gak ni...

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.