Klik-klik ajerr

Tuesday, January 31, 2012

NASI MANDHI

semalam aku jamu pizza meh arini jamu nasi mandhi plak...dah lama sebenarnya teringin nak masak nasi mandhi  nih...kalau korang biasa gi restoran arab mesti familiar ngan nasi mandhi ni kan...dah ramai pun blogger2 masakan masak nasi mandhi ni aku jer baru terhegeh-hegeh nak mencuba...memang ketinggalan ketapi sungguh la aku ni..huhuhu...weekend baru ni aku pun mencuba la  masak nasi mandhi ni...biasanya pun kalau weekend tu aku memang suka masak nasi2 style gini untuk lunch sebab bukan apa spesel la sikit kan utk asben.dahla ari2 biasa memang masak kat kedai jer..ujung minggu baru berasap dapur...so dah alang2 ada masa lebih sikit time cuti apa salahnya kita masak special sikit utk orang tersayang kan...masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang insyaalah akan membuahkan hasil yang sangat-sangat berpuas hati dan yang pastinya mendapat pujian ...
takmo citer panjang meh aku share resipi nasi mandhi hasil bw aku  ke dapur Resipi Raidah ...rasanya akak ni dok kat Arab sana kot sebab kebanyakan resipi kat blog dia bercirikan masakan arab....apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat akak ni sebab sudi berkongsi resipi nasi yang sangat sedap dan menetapi citarasa kami sekeluarga terutamanya asben sebab asben memang layann abis kalau aku masak nasi2 camni...


Bahan-bahan Nasi: (aku letakkan resipi asal - kalau korang nak wat sikit jer..so adjust le bahan2 tu cam aku wat utk mkn 3 orang jer)

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

* aku tak wat step no. 3 tu sebab xde stok arang le kat umah....mungkin bila letak arang tu nasi maybe lebih beraroma dengan asap arang tu...so kalau korang nak masak nasi ni beli le arang siap2 yer...hihihi...tapi korang tak wat pun xpe...nasi still sangat sedappp...



nasi masak dengan cantik sekali dan lebih panjang sebab aku rendam dulu beras basmathi tu dlm 1/2 jam sebelum masak...pastu bila nasi dah hampir nak kering airnya, aku tutup ngan alumunium foil so wap nasi akan terperangkap dan insyaalah nasi akan masak dengan cantik dan lembut..(tips ni tau..hihihi)


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) - aku guna rempah kabsa yang aku buat sendiri...nanti aku sharekan yer...again resipi dari Resipi Raidah jugak..
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.


**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


BAhan Sos: 

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

alhamdulilah...berbaloi menyediakan nasi mandhi ni sebab sangat sedap...tapi dah nasi pun mandhi jangan makan sebelum mandi yer...kena mandhi dulu kang malu ngan nasi sebab nasi pun mandhi...hihihi....

No comments: