Klik-klik ajerr

Tuesday, November 29, 2011

oreo cheesecake

 what to sayyyy...sanggatt yummmy terutamanya pada penggemar cheesecake cam aku..hihihi......dah 2-3 kali buat pun..memang besttt sangattt...tq tuan empunya resipi yg sedap ni..tq kerana sudi  berkongsi resipi yg sedap ni...
OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus (aku x buangpun cream tengah..kisar sekali)
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese – lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream (aku guna plain yogurt jer)
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :-
·         Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.
·         Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:-
·         Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
·         Masukkan sour cream dan pukul sebati.
·         Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
·         Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
·         Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
·         Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Friday, November 25, 2011

Apam Polkadot

 akhirnya apam polkadot ni singgah gakdi Bingkisan cinta-wanhazisya..sana sini blogger masakan tegar dok tayang apam comel yg colourful ni....dah lama pun simpan resepi apam polkadot ni cuma nak mencari masa yang sesuai jer nak membuatnya...kebetulan plak aritu ada wat mkn2 sikit kat umah ngan geng2 WFC maka terhasillah apam polkadot ni....memula nak buat cam terpikir gak camne la nak dot-dotkan apam tu rupanya bila dah cuba baru tau....eeemmmm...mudah jer pun dot2 kan apam tu ...ramai gak kawan2 yg tanya camne nak wat dot2 tu..so kena cuba dulu baru tau...
 yg ni aku wat utk portluck kat ofis ari ni...alhamdulilah...feedback kawan2 kata sedap....

 yg ni plak aku wat masa mkn2 kat umah pada malam anugerah WFC aritu...ni kira first time buatla..alhamdulilah menjadi dengan elok jer....so pada yg belum mencuba bole cuba..tak rugi mencuba silap2 ada yg nak order plak ngan kita..hihihi..tapi aku bab meniaga ni memangle tak pandai..tak pandai letak rege pun satu pastu tak konfien takut nanti jadi ke tak...ada gak kengkawan yg tanya aku ada jual kek chocolate moist ker..sebab masa wat mkn2 tu kek chocolate moist adalah paling laris sekali....apa2 pun aku buat adalah sebab minat main masak2 ni tapi taktaula plak kot masa dpn camne kan...angan2 tu adala gak tapi buat masa ni belum lagi la kot..hihihi...okla pjg plak bebel arini..yela sekian lama tak mengupdate blog..sian Bingkisan Cinta-Wanhazisya sepi tanpa bicara...
APAM POLKADOT

Resipi ambik kat sini..tq ina for sharing…dah jadi tokei apam polkadot ina ni skrg..so sape nak order lehla roger dia yer..
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil esen ros
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dengan kelajuan maxima.
  2. Kemudian masukkan esen vanila dan esen ros. Pukul sekejap.
  3. Masukkan ovallete dan pukul hingga sebati.
  4. Tepung gandum diayak dgn baking powder. Masukkan tepung yg diayak secara bergilir dgn susu segar ke dalam adunan sehingga habis.
  5. Pukul sehingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.