Klik-klik ajerr

Wednesday, December 14, 2011

APAM TEPUNG BERAS

 arini kebetulan ada masa terlebih sikit so aku ambik peluang udate blog ler...apam tepung beras ni salah satu kuih favourite aku..kalau jumpa mesti beli punya memang tak penah miss...ntahle sebab masa time sekolah dulu mak aku selalu gak wat apam ni pagi2 utk sarapan tu yg sampai arini suka mkn kuih ni...dah asyik beli jer kan tu yg aku pun google le resipi camne nak wat apam ni..kalau ikutkan bahan yg digunakan memang senang jer tapi kalau teknik tak betui..uissssshhh sampai ke sudah apam tu tak kembang@tak pecah2 gitu...aku pun ni kira dah 2-3 kali gak buat kuih ni tapi ni kira pertama kali berjaya buat apam tu kembang sampai pecah camtu..hahahahah....jgn main2 tau kdg2 kuih tradisional camni lagi susah nak wat berbanding kuih2 moden skrg..tu pendapat aku la sebab aku kalau cubaan pertama kali wat kuih tradisional ni memangle failed jer selalunya..ntah mungkin teknik tu tak betul agaknya..cam apam ni masa mengukus memang kena guna api yg besar pastu air kukusan tu memang kaw2 punya panas dan mengelegak barula apam tu sudi nak kembang@pecah...apapun alhamdulilah akhirnya aku berjaya gak membuat kuih favourite aku ni...pasni kalau teringin nak makan leh wat sendiri tak yah susah2 cari dah....mehla aku kongsikan resipi apam yg best ni...



APAM TEPUNG BERAS 

Bahan-bahan:
·         1 cawan nasi
·         2 cawan tepung beras
·         1 cawan gula putih
·         1 1/4 cawan air
·         1 sudu kecil yis
·         sepeket kecil eno

Caranya :
·         Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam 
·         Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. 
·         Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. 
·         Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


akhirnya jadi gak kejadian apam yg kembang@pecah....pernah ternampak kat satu blog masakan yg tayang acuan apam yg ada lubang2 tu...kalau guna acuan tu konpem apam ni pecahnya lagi cantik...nak kena cari gak acuan tu....leh wat mcm2 jenis apam nanti...bestt..bestt..bestt...

Blended Orange Cake

 kek yg sgt mudah penyediaannya semuanya kasi blender ajer tak yah susah2 nak kluarkan mixer bagai tapi yg penting sedappp...aku wat kek ni pun masa balik rehat tenghari jumaat...dlm 1 jam dah siap sume bole makan...jimat masa jimat tenaga..heheheheh.....

Blended Orange Cake
Sumber : Kak Fida@MYR
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (DJ ganti dengan mentega cair) - aku pun guna mentega cair
  • 2 cawan gula halus (DJ letak 170g dan utk 1/2 adunan, DJ letak 80g )
  • 3 biji telur (DJ guna telur gred A)
  • 2 cawan tepung gandum* - aku guna tepung kek
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (DJ hanya ambil isinya sahaja) - aku blend ngan kulitnya sekali
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (DJ campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.




Monday, December 5, 2011

APPLE CRUMBLE MUFFIN

 wat muffin ni sebab stok epal hijau aku tak berusik langsung...kesnya aku terlupa yg aku ada beli epal kat pasar mlm aritu..ntah camne aku leh lupa plak ada stok epal kat umah...10 biji plak tu..huhuhu..nasib baik elok lagi epal tu...padahal dah masuk 3 minggu kot aku beli..ntahle agaknya sebab pas beli tu aku terus msk kat dlm peti ais ngan plastiknya sekali kot tu yg aku tak perasan ada epal..hihihi....
bagi aku muffin ni sedap lagi-lagi bila dah disimpan semalaman...muffin ni jadi lembab2 gitu lagi2 crumble kat atas tu...sedappppp..jadi kalau ada stok epal hijau kat umah yg tak bole nak abis apa kata transformkan jadi muffin ni..memang terbaikkk...lenkali wat aku nak letak crumble tu bnyk sikit..baru nampak timbul sikit mcm CMG wat tu..hihihi...


APPLE CRUMBLE MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
    CATATAN MAT GEBU :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....


Friday, December 2, 2011

SARAPAN DI HUJUNG MINGGU

 sarapan pagi kami di hujung minggu ...biasanya kalau hujung minggu jer yg sempat wat sarapan cam gini..bukan apa sarapan heavy camni merangkap makan tengahari terus + mlm sekali le selagi tak abis kan..hihihi.....

 wat gak rendang daging sebab nak ngabiskan stok daging kat dlm peti ais tu....daging kalau simpan lama2 kan dah tak bestt sgt...asben suka mkn rendang ni tapi dia tak mkn ngan nasi ..dia lebih suka mkn ngan roti jer...
nasi lemak + sambal ikan bilis + rendang daging + telur rebus + timun..fuhhhhh memang layann kannn..


Thursday, December 1, 2011

PUDING TEMBIKAI

 wat puding tembika ni masa mkn2 malam anugerah WFC aritu...lebih kurang puding marble yg biasa aku buat tu..memang laju ke masuk ke tekak sebab lembut dan lemak2 manis...nak2 plak bila telah disejukkan..emmmmm..sedapp tau...

PUDING TEMBIKAI

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:
  • (loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik) 
  • 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g) 
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air)
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
  • sedikit pewarna hijau /merah
 Cara-Cara:
    • Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur. 
    • Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
    • Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
    • Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
    • Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
    • Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

    MALAM ANUGERAH WFC

     alhamdulilah pada 15  September 2011 WFC telah mengadakan Malam Anugerah WFC kat umah tuan Manager WFC ..Mr. Manager memang sengaja nak wat kat umah kami sebab tak penah lagi wat makan2 utk geng WFC kat umah...kiranya ni majlis 2 dlm 1 la sebab sambil mkn sambil kita mendapat award..hihihi...perut  kenyang hati pun gumbira....selain dari geng WFC aku jemput gak sekali kawan-kawan rapat ...tq pada kengkawan yg sudi dtg ke teratak kami yg tak seberapa  ni...insyaalah kalau ada rezeki akan dtg leh wat mkn2 utk geng2 ofis aku ngan asben plak...
     masing-masing mendapat "award" atas prestasi cemerlang dan penat lelah selama ni...syukur alhamdulilah..sume sgt happy ..credit harus diberikan jugak pada Mr. Manager kami@suamiku yg berusaha keras utk menggerakkan WFC selama ni walaupun "ada pihak" yang memandang rendah atas usaha WFC selama ini...'Award"ni pun atas usahanya jugak sebab kami tak tau pun akan dpt "award"ni yang pastinya akan menjadi kenangan buat kami...
     aku pun dpt gak as Defender terbaik....hihihi...

     makan dulu kasi perut kenyang baru kita terima award yer..




     tuan tanah yg tgh asyik berborak tak pndg lain dah...sekali-sekali jumpa mesti mcm2 citer sebabnya akukan dah tukar department lain..kalau dulu satu fakulti memang hari2 leh jumpa tu pun mcm2 citer non stop..hihihi...apapun sgt happy mempunyai kawan2 yg sgt memahami dan jujur dlm persahabatan...
     lepak2 pas mkn sambil layan drama  Cinta Elysa.. sape yg nak karok pun leh gak...hihihi...
     roti jala antara juadah yg aku sediakan... semua juadah utk mlm tu aku masak sendiri dan alhamdulilah kenyang dorang mkn mlm tu....yg paling best sume kata sedap tu yg dorang mcm tak caya jer aku yg masak sume tu...alhamdulilah..hilang penat bila sume puas hati ngan makanan yg dihidangkan...
     main dish utk mlm tu adalah nasi tomato + ayam masak dendeng + kari daring...roti jala tu aku wat gak sebab leh mkn ngan kari daging....kari daging adalah sgt laris pada mlm tu..habis seperiuk besor aku masak..hihihi.....
     my apam polkadot
     sedikit desert utk mlm tu..apam polkadot, puding tembikai dan kek coklat moist..kek coklat moist...as usual kek coklat moist ni favourite all the time ...cepat jer abisnya..tuan tanah pun tak sempat merasa kek ni..yg penting semua tetamu kenyang dan berpuas hati...
    asben tlg buat air mlm tu...

    Tuesday, November 29, 2011

    oreo cheesecake

     what to sayyyy...sanggatt yummmy terutamanya pada penggemar cheesecake cam aku..hihihi......dah 2-3 kali buat pun..memang besttt sangattt...tq tuan empunya resipi yg sedap ni..tq kerana sudi  berkongsi resipi yg sedap ni...
    OREO CHEESECAKE
    Resepi Asal: Jthorge
    Sumber: Ummi @ Home Sweet Home


    Bahan:-
    • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus (aku x buangpun cream tengah..kisar sekali)
    • 1/4 cawan butter - cairkan
    Bahan Filling:-

    • 16 oz (2 cawan) cream cheese – lembutkan
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1/2 sudu teh esen vanila
    • 1/2 cawan sour cream (aku guna plain yogurt jer)
    • 2 biji telor
    • 1 cawan oreo yang dicincang halus

    Cara Menyediakan:-
    Base :-
    ·         Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.
    ·         Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
    Filling:-
    ·         Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
    ·         Masukkan sour cream dan pukul sebati.
    ·         Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
    ·         Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
    ·         Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
    ·         Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

    Friday, November 25, 2011

    Apam Polkadot

     akhirnya apam polkadot ni singgah gakdi Bingkisan cinta-wanhazisya..sana sini blogger masakan tegar dok tayang apam comel yg colourful ni....dah lama pun simpan resepi apam polkadot ni cuma nak mencari masa yang sesuai jer nak membuatnya...kebetulan plak aritu ada wat mkn2 sikit kat umah ngan geng2 WFC maka terhasillah apam polkadot ni....memula nak buat cam terpikir gak camne la nak dot-dotkan apam tu rupanya bila dah cuba baru tau....eeemmmm...mudah jer pun dot2 kan apam tu ...ramai gak kawan2 yg tanya camne nak wat dot2 tu..so kena cuba dulu baru tau...
     yg ni aku wat utk portluck kat ofis ari ni...alhamdulilah...feedback kawan2 kata sedap....

     yg ni plak aku wat masa mkn2 kat umah pada malam anugerah WFC aritu...ni kira first time buatla..alhamdulilah menjadi dengan elok jer....so pada yg belum mencuba bole cuba..tak rugi mencuba silap2 ada yg nak order plak ngan kita..hihihi..tapi aku bab meniaga ni memangle tak pandai..tak pandai letak rege pun satu pastu tak konfien takut nanti jadi ke tak...ada gak kengkawan yg tanya aku ada jual kek chocolate moist ker..sebab masa wat mkn2 tu kek chocolate moist adalah paling laris sekali....apa2 pun aku buat adalah sebab minat main masak2 ni tapi taktaula plak kot masa dpn camne kan...angan2 tu adala gak tapi buat masa ni belum lagi la kot..hihihi...okla pjg plak bebel arini..yela sekian lama tak mengupdate blog..sian Bingkisan Cinta-Wanhazisya sepi tanpa bicara...
    APAM POLKADOT

    Resipi ambik kat sini..tq ina for sharing…dah jadi tokei apam polkadot ina ni skrg..so sape nak order lehla roger dia yer..
    Bahan-bahan
    • 3 biji telur - dari peti sejuk
    • 275 gm tepung gandum
    • 220 gm gula halus
    • 150gm susu segar
    • 3 sudu teh baking powder
    • 1 sudu kecil ovallete
    • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
    • Pewarna
    • 1/2 sudu kecil esen vanila
    • 1/2 sudu kecil esen ros
    Cara-cara
    1. Pukul telur dan gula hingga kembang dengan kelajuan maxima.
    2. Kemudian masukkan esen vanila dan esen ros. Pukul sekejap.
    3. Masukkan ovallete dan pukul hingga sebati.
    4. Tepung gandum diayak dgn baking powder. Masukkan tepung yg diayak secara bergilir dgn susu segar ke dalam adunan sehingga habis.
    5. Pukul sehingga adunan sebati.
    6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.