Klik-klik ajerr

Tuesday, January 31, 2012

NASI MANDHI

semalam aku jamu pizza meh arini jamu nasi mandhi plak...dah lama sebenarnya teringin nak masak nasi mandhi  nih...kalau korang biasa gi restoran arab mesti familiar ngan nasi mandhi ni kan...dah ramai pun blogger2 masakan masak nasi mandhi ni aku jer baru terhegeh-hegeh nak mencuba...memang ketinggalan ketapi sungguh la aku ni..huhuhu...weekend baru ni aku pun mencuba la  masak nasi mandhi ni...biasanya pun kalau weekend tu aku memang suka masak nasi2 style gini untuk lunch sebab bukan apa spesel la sikit kan utk asben.dahla ari2 biasa memang masak kat kedai jer..ujung minggu baru berasap dapur...so dah alang2 ada masa lebih sikit time cuti apa salahnya kita masak special sikit utk orang tersayang kan...masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang insyaalah akan membuahkan hasil yang sangat-sangat berpuas hati dan yang pastinya mendapat pujian ...
takmo citer panjang meh aku share resipi nasi mandhi hasil bw aku  ke dapur Resipi Raidah ...rasanya akak ni dok kat Arab sana kot sebab kebanyakan resipi kat blog dia bercirikan masakan arab....apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat akak ni sebab sudi berkongsi resipi nasi yang sangat sedap dan menetapi citarasa kami sekeluarga terutamanya asben sebab asben memang layann abis kalau aku masak nasi2 camni...


Bahan-bahan Nasi: (aku letakkan resipi asal - kalau korang nak wat sikit jer..so adjust le bahan2 tu cam aku wat utk mkn 3 orang jer)

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

* aku tak wat step no. 3 tu sebab xde stok arang le kat umah....mungkin bila letak arang tu nasi maybe lebih beraroma dengan asap arang tu...so kalau korang nak masak nasi ni beli le arang siap2 yer...hihihi...tapi korang tak wat pun xpe...nasi still sangat sedappp...



nasi masak dengan cantik sekali dan lebih panjang sebab aku rendam dulu beras basmathi tu dlm 1/2 jam sebelum masak...pastu bila nasi dah hampir nak kering airnya, aku tutup ngan alumunium foil so wap nasi akan terperangkap dan insyaalah nasi akan masak dengan cantik dan lembut..(tips ni tau..hihihi)


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) - aku guna rempah kabsa yang aku buat sendiri...nanti aku sharekan yer...again resipi dari Resipi Raidah jugak..
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.


**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


BAhan Sos: 

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

alhamdulilah...berbaloi menyediakan nasi mandhi ni sebab sangat sedap...tapi dah nasi pun mandhi jangan makan sebelum mandi yer...kena mandhi dulu kang malu ngan nasi sebab nasi pun mandhi...hihihi....

Monday, January 30, 2012

PIZZA - BEST PIZZA BASE

dah abis dah citer aku rindu tu meh aku tepek n3 homemade pizza  le plak....kali ni aku nak share resipi pizza base yg sedap dan gebu walaupun dah sejuk tetap besttt....kalau tak silap aku terjumpa resipi pizza base yang sedap ni kat blog kak ummie kot.....memang best blog akak ni kalau korang nak cari resipi leh gi kat blog akak ni memang mcm2 ada....tq yer kak ummie...mintak izin sharekan kat sini plak yer....

Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)

300 gm tepung gandum/tepung roti (*aku guna tepung roti)
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
25 gm shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung - aku gantikan dgn susu pekat

Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. (*aku ikut style kak ummie sebab xde breadmaker maka kena la uli guna tangan jer....campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu.

Untuk topping terpulang ngan citarasa masing-masing la yer...memang puas makan pizza kalau wat sendiri...mcm2 leh letak... 

tetap maintain lembut dan gebu walaupun aku dah panaskan semula utk dimakan keesokan paginya....bila tgk ni tetiba rasa cam nak buat pizza lagi ler...huhuhuhu.....


Friday, January 13, 2012

Rindunyaaa....

 rindunyaaa akuuuuuuu......nak tau rinduuu kat sape...cer teka..cer teka..cer tekaa.....

siapakah gerangan yang dirindui itu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 v
v

 anak buah kesayanganku...Nur Iris Batrisyia...masa ni dlm pantang lagi ...naik buai time wedding my sister raya tahun lepas...

 time ni dah 2 bulan..dah pandai senyum dan gelak....

 3 bulan lebih time ni...semakin bam..bam...gerammmnyaa....

 alahai...cutenya sayang mama nih bertudung...4 months...
 latest of baby Batrisyia...dah pandai menerap siap pusing2 tu...nearly 6 months....
 mama....saya penatt la dah pusing2...
dua wajah yang sentiasa kurindui...nanti mama gi jenguk batrisyia yer..nak kena tunggu weekend baru leh gi main2 ngan dia..kalau hari keja masa sgt terhad...tak sabar nak jumpa anak buah kesayanganku ini.......membesar dengan sihat yer sayangg....

Thursday, January 12, 2012

ombak rindu

 meh nak komen sikit pasai citer OMBAK RINDU yang dpt kutipan juta-juta tu...sana-sini orang sibuk memperkatakan tentang filem  yg membuatkan semua penonton yg menonton filem ni menitiskan airmata....tiket wayang pun sampai sold out dek penangan OMBAK RINDU nih...masa memula citer ni kluar jer dah ramai sangat yg teruja nak pegi tgk wayang citer ni tapi aku cam tak kisah jer lagi plak asben kalau tgk wayang takmonya layan citer melayu nih....memang dia tak layanla...mungkin sebab aku bukan peminat fanatik Aron Aziz ngan Maya Karin kot tu sebab aku xdela rasa teruja sangat nak tgk filem ni...

Rata-rata komen yg aku baca daripada penonton filem ni mengatakan OMBAK RINDU filem yg sangat-sangat menyentuh perasaan hinggakan sang lelaki yg menonton filem ni turut menitiskan airmata...wahhh hebat sangatkah filem ni sampai camtu sekali kejadiannya....tak kurang jugak review tentang babak-babak romantis antara Haris (Aron Aziz) dan Izzah (Maya Karin) yang begitu menyentuh perasaan penontonnya.. mungkin peminat-peminat Aron Aziz masih lagi dibayangi lakonan romantis Aron Aziz dalam drama bersiri Nora Elena dulu....tapi memang aku tak nafikan lakonan romantis Aron Aziz memang sangat2 menjadi kalau nak dibandingkan dengan pelakon2 lain la..itu pandangan akula walaupun aku ni bukanlah  peminat tegar Aron Aziz aku suker je kalau tengok dia berlakon kat tv tu....kalau dia bawak watak jahat pun ok gak mcm dlm filem KL Gangster tu...pendek kata Aron Aziz ni memang seorang pelakon yg sangat berbakat dan serba bolehla..

Okla ni komen aku setelah menonton sendiri OMBAK RINDU...aku tak tengok kat wayang ataupun suscribe kat Astrofirst tapi kebetulan aritu ada one of my offismate dah download movie ni kat Youtube so aku copy jer dari dia...dalam tak teruja nak tgk tu 2 kali gakla aku layan movie ni....hihihi..bukan apa first time tgk movie ni aku rasa cam biasa jer..cam citer2 melayu lain yg penah aku tgk sebelum ni jer.....atau sebab aku tak tgk kat wayang kot tu mood sedih tu agak kureng kot....pastu aku tgk semula utk kali ke-2...kali ni aku cuba untuk menghayati betul2 filem ni ....eeemmmm.....ikhlas dari hati akula filem ni ada auranya tersendiri yang boleh memikat penonton selain dari pelakon2nya yang meletop dan mantap tu...aku suka tgk lakonan Lisa Surihani dalam filem ni sebab dia membawakan watak antagonis yg bagi aku berjayala....well Aron Aziz memang berjaya menghidupkan watak Haris tu.....apapun Maya Karin memang sweet sangat dengan watak Izzah tu....apapun tahniah la pada pengarah filem ni Osman Ali kot kalau tak silap akula..hihihi....so dari 5 bintang aku kasi 4 kot...lagi satu yg buat filem ni meletop sebab aku rasa dah lama Malaysia xde kluarkan filem cinta camni selepas Dato'Yusof Haslam kluarkan filem Sembilu yang meletup gak dulu tu....mungkin peminat-peminat filem Malaysia sudah rindukan filem2 cinta  berbanding filem2 seram yang bersepah-sepah skrg ni kan....well it's just my opinion jgn plak ada yg sentap plak bila baca blog aku nih...

adakah aku akan menjadi peminat tegar Aron Aziz dan Maya Karin pas tgk Ombak Rindu ni...hihihihi..setakat ini ok-ok jer belum takat fanatik lagi yer... suka  jer aku tengok wajah yang cantik dan tampan ni  sebab kalau citer tak syok pun sebab hero/heroinnya cantik@hensem layan jer kan...hihihi....aku tau korang pun sama kannn mesti nak tengok pelakon yang cantik dan hensem jerr lagi2 pelakon2 korea yg comel-comel belaka cam my favourite actor Lee Min Ho (Boys Over Flowers)....

Monday, January 9, 2012

shepperd pie

 dah lama teringin nak wat shepperd pie ni..akhirnya terhasil gak shepperd pie kat dapur aku..mudah dan senang disediakan yg pastinya sedapppp....
 aku sengaja bakar kasi garing sikit atasnya ...
makan sampai licin...yummmmyyyyyy......

Gangguan Elektrik

 aritu dpt notis dari TNB ada gangguan elektrik kat umah ari sabtu lepas dari pukul 9 pagi - 7 malam...ingatkan memula malas nak  kluar gi memana  tapi memandangkan boring jer dok umah kalau xde lektrik tambah plak ngan cuaca yg panas membahang memang tak leh dok umahler...pagi2 aku dah bangun wat breakfast..jemur baju + lipat baju yang dah basuh..kemas umah sikit2 tapi lektrik tetap ada lagi walapun aku dah nampak 2-3 kali kelibat lori TNB dok lalu lalang depan umah.. sementara ada lektrik lagi aku pun ralit jer dok kemas2 apa yg patut alih2 tetiba lampu ngan kipas sume tertutup..eeemmm. dah stat nak wat keja tu agaknya orng TNB tu...pastu asben pun ckp dahla gi siap2 kita kluar takkan nak dok umah panas2 ni...aku pun terus bersiap tapi time tu pun dah nak dekat kul 11 pagi..kiranya lewat gakla org TNB tu tutup lektrik...

cadangan memula asben nak bawak aku gi makan kat AL-RAWSYA sebab aku teringin sangat nak makan makanan Timur Tengah tapi memandangkan kluar dari umah pun dah agak lewat tengahari so kitaorng decide gi dekat2 jela sebab nak masuk KL kalau dah tengahari ngan jem sume kang kul bape plak nak sampainya...asben tak kisah sebenarnya kalau nak ke KL tapi aku yg decide takmo pegi sebab biasanya kalau nak jenjalan ke KL seawal pagi kitaorng dah kluar umah dan selalunya kitaorg akan tidur sana umah adik aku...maka JJCM la kami di Rawang sajer..
 tempat pertama hala tuju kami adalah ke Tesco Rawang sebab asben kata kat dlm Tesco tu ada satu restoran yg serve makanan ala2 Arab...aku pun ok jer sebelum pi pekena kat AL-RAWSYA why not try dulu food kat situ kan...masuk je kat dlm kami pun trus gi restoran tu ..Restoran Kabul namanya...kitaorng pun masuk kat dlm pastu tgk menu rupanya restoran ni serve Indian food ler..hihihi..tersilap sudah....tapi sebab dah masuk ngan dah duduk pun takkan nak kluar balik..so kami pun makan jela kat situ...tapi time kitaorg dtg tu baru ada 1 family melayu jer yg tgh order makan...yela restoran ni nampak eksklusif sikit kot tu yg tak ramai yg masuk...
Restoran Kabul yang disangka restoran Arab rupanya Indian cuisine...layan jela....
ada variety menu of nasi beriani...asben memang penggemar nasi beriani so dia order Chicken Tika Beriani..RM 16.90... eeeemmm ...tak kena ngan tekak aku sebab rasa rempahnya terlalu pekat..asben yg penggemar nasi beriani pun kata tak berapa masuk ngan selera dia..makan kat kedai mamak lagi sedap katanya..hihiihihi...
 aku plak order Garlic Naan set with chicken khemma kot namanya...RM12.90...yg ni memang recommended sebab sedapp...kuah dhal ngan chicken khemma tu memang sedappp...asben pun kata sedapp..yg ni aku puas hati makan...kenyang sampai ke mlm...
garlic naan yg rangup memang sedap dicicah ngan kuah dhal ...

 air plak aku punyer Mango Lasi ...memang sedapppp...asben order coke jer...
 bukti kesedapan Garlic Naan tu kitaorng mkn sampai licin..hihihi...asben pun tlg mkn sekali garlic naan tu sebab portionnya agak bnyk...
 nasi beriani yg tak abis dimakan oleh asben sebab tak sedapppp.....tapi dlm tak sedap pun tinggai sikit jer tu bang..hihihi.....xpela sebab asben dah bawak gi jenjalan maka aku yg belanja mkn tengahari tu...
 pas makan kami jln2 sat kat dlm tesco tu pastu kami ke sini plak...ni kiranya dah kali ke-2 aku dtg sini...nasib baik dah bukak JJ kat rawang ni dekat sikit  nak pegi kalau tak biasanya paling dekat yg aku pegi JJ pun kat Kepong sana tu...
 kat JJ ni pun kami jalan2 jer sebab dah bnyk shopping masa trip ke KL ngan family aku cuti krismas aritu..so ni just jalan2 cuci mata jela lagipun xde yg berkenan sgt pun kalau ada konfem 1 atau 2 brg sangkut gak kan..hihihi...tapi aku tersangkut gak 1 handbag yg ada diskaun 70%..dari RM199.90 cuma bayar RM59.90 jer..okla kan berbaloiiii...masa kat JJ tu kami just minum ptg ngan teh tarik & pappa roti jer sebab perut masih kenyang makan kat Kabul tu..abis pusing2 kami pun balik terusss....

Wednesday, January 4, 2012

2012

2011 telah pun melabuhkan tirainya dan 2012 kini mula menyingkap tirainya dan pastinya pelbagai peristiwa pahit manis akan terpahat pula pada 2012 ini....apapun setiap kali tibanya tahun baru setiap kali itulah aku meraikan hari ulangtahunku...terasa cepatnya putaran masa...setiap tahun berlalu begitu pantas sekali namun begitu aku bersyukur kerana masih terus bernafas untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang penuh warna-warni ini.....apapun aku berharap semoga kehadiran 2012 ini akan mencoretkan memori indah buat kami...





 happy birthday to me...happy birthday to me....happy birthday to me.....alhamdulilah aku bersyukur kerana masih bernafas untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini....bertambahlah lagi umurku but it's just a number kan...yg penting hidupku dikelilingi orang2 yang menyangi diriku dan itu sudah cukup membuatkan hidupku bermakna dan bahagia...
apapun dengan kehadiran 2012 ini sudah tentu aku mengharapkan sinar kebahagiaan akan terus menyinari kehidupankan dan keluargaku...semoga hari2 yang mendatang pada tahun 2012 ini akan melimpahkan rezeki dan kurniaan darimu ya Allah....