Klik-klik ajerr

Thursday, July 2, 2009

CATATAN SEDIH...AL-FATIHAH

Al-fatihah aku sedekahkan buat arwah maklang aku dan juga Qaid (anak ujie)....pagi semalam sebaik saja aku melangkah kaki ke office, hp ku telah berbunyi dan hatiku dpt mengagak panggilan dari siapa...bila aku mengeluarkan hp aku lihat di skrin terpapar "ayahanda" dan aku sudah meneka perkhabaran yg akan kuterima...seperti yg ku jangka..ya..bapaku memberitahu bahawa maklang ku sudah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya dan aku terdengar suara sayu ibuku yang menangisi pemergiaan kakaknya...hatiku terasa amat hiba kerana tdk sempat menziarahi arwah di hospital...terus aku menelefon adikku yg dlm perjalanan ke office dan berpakat utk pulang menziarahi arwah...aku juga terus menelefon suamiku dan memaklumkan perkhabaran tersebut dan suamiku bersetuju agar kami menunggu adik2 ku dari KL dan pulang ke Ipoh bersama...

Sementara menunggu adik2 ku sampai di tg. malim, aku terus menyelesaikan kerja-kerja di pejabat dan lebih kurang dlm kul 10 lebih adik2 ku telah pun sampai dan aku trus kluar meninggalkan pejabat sebab aku telah pun mendapat keizinan dari bos ku..tq dr. hassan dan en. feizal yang memahami situasiku....hampir pukul 11 kami bergerak dari tg. malim dan sampai di rumah arwah dlm kul 12 tengahari dan dari jauh lagi aku telah melihat kelibat ibuku yang menanti-nanti kedatangan kami dan aku terus memeluk ibuku yang sedang berendam air mata dan dgn x semena-mena airmataku turut mengalir hiba....kami mengagak tidak sempat utk melihat jenazah namun begitu bila kami sampai jenazah masih lagi belum dimandikan dan dikafankan..ALHAMDULILAH sempat kami adik beradik melihat arwah dan membaca yassin untuk arwah maklang ku...terasa amat hiba apabila ibuku membuka kain yg menutupi arwah dan aku rasa terkilan amat sgt kerana tdk sempat utk menziarahi arwah semasa di hospital..aku kesal dgn sikapku yg buat x endah je bila mendapat berita maklang ku dimasukkan ke hospital...masih ku ingat lagi kelmarin ibuku menelefon memberitahu bahawa maklangku koma dan telah dimasukkan ke wad ICU pula dan dr. pun sudah memaklumkan bahawa maklangku tiada harapan utk sembuh dan bersedia dgn kemungkinan yg akan berlaku...aku dan adik beradik sebenarnya dah berpakat utk menziarahi arwah di hospital tapi x sempat...maafkan kami maklang sebab anak2 saudaramu tdk berkesempatan menziarahimu ketika dirimu sedang menderita sakit...aku lihat ibuku tidak henti2 mengalirkan airmata kerana satu-satunya kakak kandungnya telah pergi meninggakannya utk selama-lamanya di hari lahir ibuku dan aku dpt merasakan satu tamparan yg amat hebat apabila orng yg disayangi pergi meninggalkan kita di hari yg sepatutnya kita berbahagia....namun begitu kami adik-beradik tetap mengucapkan "SELAMAT HARI JADI" kepada mak..anak-anak sentiasa mendoakan agar mak dipanjangkan umur dan sentiasa sihat serta bahagia bersama suami dan melayan kerenah anak-anak mak yg seramai 9 orng ni...

Alhamdullilah selepas zohor arwah maklangku selamat dikebumikan...ingin ku coretkan detik-detik maklangku dikafankan semua anak menantu maklang dan juga anak2 saudara maklang mengalirkan airmata...sayu menatap wajah maklang utk kali terakhir..air mataku tidak tertahan...sebaknya rasa hanya ALLAH saja yg mengetahui...sesungguhnya detik2 itu benar2 menginsafkan aku betapa hidup ini hanya pinjaman sahaja..kelak akhirat jua yg kekal..semua insan yg bernyawa di dunia ini tidak akan kekal selamanya entahkan hari ini, esok , lusa siapa tahu kita akan pergi juga bertemu Ilahi...oooohhh..sungguh takut aku mengenangkan detik2 itu tambah plak bila mengenangkan amalanku yg x seberapa ini...ya ALLAH sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha berkuasa yang menentukan segalanya...mudahan-mudahan kita yg masih diberi kesempatan hidup di atas muka bumi ini tidak lalai dengan duniawi saja kerana akhirat menanti kita.... ku panjatkan juga kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan seorang suami yang amat penyayang dan mengambil berat kerana suamiku mahu turut serta bersama-sama anak-anak lelaki maklang membantu mengangkat arwah ketika hendak dimandikan dan juga mengusung arwah ke masjid dan juga ke kubur..jauh di sudut hati aku berbangga dgn suamiku dan aku tau mak aku juga tentunya gembira bila melihat menantunya mahu turut serta membantu menguruskan arwah...ALHAMDULILAH dengan keredhaan Allah segalanya berjalan dgn lancar dan arwah maklang selamat disemadikan di Tanan Perkuburan Kg. Pasir Putih, Ipoh...AL-FATIHAH...

Seperti biasa hari ni aku tetap meneruskan kerja-kerjaku di pejabat..mujurlah semalam ada Zol yg membantu kerja-kerjaku jadi pagi ni xdela berserabut sgt atas mejaku...seperti biasa pagi2 aku akan membuka blogku dan melihat sekiranya ada n3 baru blog kawan2...tetiba aku terlihat ada n3 baru di blog ujie iaitu diari seorang ibu...melihat tajut n3 tersebut membuat aku tdk sabar utk membacanya dan aku terus melayari blognya...ya benar seperti apa yg ku sangka ujie mencoretkan rentetan saat-saat kelahiran Qaid hinggalah saat-saat Qaid pergi menemui Ilahi...terlalu sayu hatiku tatkla membaca coretan ujie itu dan airmataku tdk tertahan menitis... walaupun aku masih belum pernah merasai saat menjadi seorang ibu namun jauh di sudut hatiku aku amat memahami apa yg dilalui oleh ujie dan azrol dan aku pasti ramai di luar sana pun yg membaca coretan ujie tu pastinya akan menitiskan airmata tanpa disedari...tiada apa yg dpt kukatakan pada ujie dan azrol melainkan bersabar dgn ujian ALLAH...aku percaya pada pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" namun begitu ujie masih beruntung kerana berpeluang mengandung dan melahirkan zuriat dan telah pun mempunyai Qaisara Husna sebagai pengikat kasih kalian sedangkan aku masih lagi ternanti-nantikan saat itu yg entah bila akan tiba..aku pun x pasti...sesungguhnya hanya doa yg x putus-putus ku panjatkan pada yg Esa agar aku bisa memberikan zuriat pada suamiku...ujie aku mengerti apa yg kau rasakan dan sebagai sahabatmu aku amat bersimpati atas apa yg menimpamu namun aku percaya engkau mampu menghadapi ujian ini dan curahkanlah kasih sayangmu itu pada Una...aku sentiasa berdoa sahabatku agar dirimu dikuatkan semangat dan ditabahkan hati menghadapi hari2 mendatang tanpa Qaid di sisi kerana insan-insan disekelilingmu yg menyayangimu memerlukan kasih sayangmu...

Al-fatihah buat arwah maklangku dan juga Qaid..untuk maklangku..semoga rohnya tenang dan damai di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman..utk si kecil Qaid..dirimu sesuci kain putih nak...tempatmu sudah pastinya di syurga...

1 comment:

mulan said...

Zan, TQ atas kata2 semangat yg haizan beri...terlalu berat rasanya meniti hari2 pantang ini tanpa Qaid di sisi...aku REDHA...w'pun perasaan ini tak tertahan menanggug rindu padanya...w'pun aku ada una, kehilangan arwah amat berat untuk aku terima...sayang mcm mana aku pd arwah Qaid, ALLAH lg menyayanginya...aku PASRAH..dan REDHA...thank's for being such a good friend to me..than's zan!!