Klik-klik ajerr

Tuesday, December 30, 2008

BLUEBERRY CHEESE TART

akhirnya aku berjaya jugak buat blueberry cheese tart nih...oppsss..kejayan ni harus dikongsi bersama nyah (adik aku yg dok kat kl tu) sebab dia yg buat tart nih..aku cuma memantau je..hehehe..sebab aku dok sibuk masak utk lunch....

so kebetulan nyah dtg dari kl..apalagi aku pun dera dia buat tart ni..dia ok je...senang je..ikut je resipi yg ada...alhamdulilah menjadi dan sedap sgt...siap dia bawak balik kl lagi....dapat jugak ija ngan ya merasa....

resipi aku ambik di My resipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji ) - aku buat adunan double utk dpt lebih sikit..

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin (aku guna marjerin)
60 gm gula aising (aku guna gula castor je)
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum (aku guna tepung berserbuk penaik..heheh..naik gebu pastry tu..)


Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising (aku guna gula castor je)
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon - (aku x letak pun)
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling


Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry:

Pukul mentega dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.


Untuk membuat cheese filling: Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

BANANA MUFFIN

dah lama jugak teringin nak buat banana muffin ni..kebetulan plak jumpa resipi kat fp kak madiha..apalagi terus ambik resipi dan terjadilah banana muffin ni...sedap..rugi x cuba...tq ye kak madiha sudi kongsi resepi yg sedap nih...

gambar blurr sikit le..bateri kamera kong le plak...tapi muffin ni memang sedap..nyum..nyum..nyum...
resipi ni aku copy paste je dari fp kak madiha..
source: Wendy Khor recipe book (dari FP Ana Penang )
Ingredients A
400gm melted butter
300gm (6nos) eggs
200gm milk
Ingredients B
600gm(10pcs) mashed banana
400gm castor sugar
2gm salt
Ingredients C
(Ayakkan bersama) 550gm superfine flour (aku guna tepung kek)
10gm(2 tsp) baking powder (aku x letak pun sebab pakai tepung kek)
10gm(2 tsp) sodium bicarbonate
Method 1
Double boil till the butter is dissolved, and let it cool. Add in beaten egg and milk, stir until well combined. ( mix guna whisker)
2. Add salt and sugar into the mashed banana, mix until sugar is dissolved.
3. Combine step 1 and step 2, add sieved ingredients(C) to form batter. (jangan terlebih kacau/bancuh)
4. Fill up muffin cup batter, bake in preheated oven at 180C for 20-25 minutes

LALA BERCILI SOS TIRAM

aku masak lala ni atas permintaan hubby yg memang suka makan lala..lagipun dah lama janji ngan dia nak masak lala nih..biasanya aku masak cili serai tapi kali ni aku masak simple je lala ni...hubby kata sedap...resipinya aku main campak2 je ikut apa yg dok berlegar dlm kepala ni..heheheh..
Bahan-bahan : Semua sukatan aku agak2 je..bergantung pada bnyk mana lala kita nak masak le..ni aku buat utk sekilo lala..
Lala - 1 kilo
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - 4 ulas (ketuk-ketuk je)
1 batang serai (diketuk)
4/5 batang cili padi (diketuk-diketuk)
4/5 sudu cili boh (ikut kepedasan masing-masing)
5 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Kicap manis
Garam secukupnya
Sedikit gula
Cara -cara :
Tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak. Setelah itu masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis, garam. Kemudiaan diikuti dengan lala, cili padi yg telah diketuk dan masak hingga kelihatan lala terbuka (menunjukkan sudah masak le tu) rasakan garam dan bole tambah sikit gula kalau suka...



Friday, December 26, 2008

APAM MARMAR


buat apam ni semalam..kan semalam cuti krismas so xde ke mana pun sebab x apply cuti pun..jumaat kena keja jaga ofis....huahuahua...yg lain sume cuti..tinggai kami 3 orng je keja.nasib baik ada geng..kalau aku sorang je ..eemmm..seram gak dok sini sorang2....

tu yg semalam cuba buat apam marmar ni..emm..memang sedap dan gebu mcm sponge cake pun ada..buat pun senang je...hasilnya memang marvellous..kebetulan plak mak mertua singgah rumah on d way nak balik pahang..so dptla merasa apam marmar ni...heheheheh...dpt pujian dari mak mertua..sedap katanya...licin sepiring tu diaorng makan....hubby pun kata patutle habis..sedap bangatttttttt katanya...

resipi ni aku jumpa di my resipi.com..tq pada tuan empunya resipi apam yg sedap ni tak lain x bukan mat gebu...so aku copy je resipi ni...

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong
.



panas lagi masa potong apam ni..baru masak..tu yg potongan tu nampak x berapa cantik...x sempat tunggu sejuk tetamu dah sampai...heheheh..seelok-eloknya biarkan sejuk dulu baru dipotong...tapi apapun habis licin sume...

Monday, December 22, 2008

JOM HEBOH 2008 BUKIT JALIL

cuti hujung minggu lepas dihabiskan dengan jalan2 di kl dan jom heboh 2008 di stadium bukit jalil...ramai giler org kat jom heboh tu..memang mendapat sambutan sungguh..walaupun cuaca panas terik tapi orng tetap dtg jugak...meriah sungguh lautan manusia... aku pun x melepaskan peluang pergi ke booth2 yg ada kat situ terutamanya yg ada artis..hehehehe....



dapat jugak bergambar bersama noor khairiah, eira shazira dan ezany di booth tv3...


sweet orngnya eira shazira ni...ezany ni hensem tau...hehehehe...noor khiriah ni kuat celoteh tul orangnya...memang sesuai betul watak eton dalam pepaya tu...ingatkan pepaya ada sama rupanya xde..kalau tak bole tgk tangan besor dia tuh...









waktu ni panas giler tapi orng semua mcm x kisah je..hehehe..semua dok keliling tgk wahid ngan fafau tgh shoot melodi....ni pun snap dari jauh je...nasib baik hubby tinggi bole jugak snap gambor..kalau harapkan aku eeem...memang x dpt le...nak celah pun x bole..

ni je dapat snap gambor fafau...memang comel le dia nih..suka tgk...tapi x bole nak ambik gambor ngan dia..eeem..frust le...



ni plak kat booth hot.fm..ingatkan ada FBI..tapi kieran je yg ada ngan band sofaz..snap ajela gambar ngan kieran jawa rangers ni....kira orait le tu...



lepas habis ronda kat jom heboh kitaorng pun pegi mid valley..apa lagi jalan2 and makan le plak..sebabnya kami berdua x jumpa gerai makan kat jom heboh tu..kalakar betul kan..makan burger je...tapi adik2 semua siap makan mee goreng mamak lagi kat sana sebab diaorng dah pusing dulu tinggalkan kami..mana taknya turun je keta semua dah hilang sekelip mata je..ni nyah le..kalau jalan memang x ingat orng belakang..memang kena tinggai le.... sampai kat mid valley pun ramai jugak orng...nak cari parking pun satu hal..jenuh pusing2....dahtu nak cari tmpt makan pun jenuh pusing..kelakarnya semalam...hari yg x bole dilupakan..last2 kitaorng terus masuk je kat the chicken rice shop..x larat dah nak pusing...masing2 dah penat...
nyah dan ija..diaorng dah kenyang pekena mee goreng mamak kat jom heboh..ni kiranya hilangkan haus je..order abc..not bad..sejuk tekak time panas2 ni pekena abc...

hidangan set nasi ayam yg kami order...1 set bole makan 2 orng..cuma tambah nasi ngan air je..okla..not bad sedap jugak...

dah kenyang makan kami pun jalan2 la kat situ..apalagi aku mencari kedai kasut le...pegi vincci tapi xde pattern yg aku suka plak sebab kebanyakannya aku dah ada..altast aku beli kasut kat nose je..warna peach and gold lagi...(nanti aku masukkan gambar kasut tu ye..hehehe) almaklumle koleksi kasut aku semuanya dari vincci dan nose..sembonia dan primavera tu adala jugak tapi x sebanyak vincci and nose....

ija and nyah sibuk jugak nak bergambor ngan bear nih....punyale besor...biasala kan dah dekat christmas..kat mid villey ni punya sambutan christmas punya la meriah..colourful sungguh siap ada salji turun lagi....tu x kira ngan christmas tree lagi siap ngan santa clausnya..memang meriah sungguh....tapi kalau time nak raya tu x pun meriah camtu....cuba fikirkan....


















Friday, December 19, 2008

KARI DAGING KORBAN

Daging korban yg diberi oleh ibuku masa balik kg hari raya aidiladha hari tu...bnyk jugak dpt daging korban masa raya haji hari tu..rezeki...alhamdulilah...

PAPRIK CAMPUR

Bahan-bahan :
Udang, sotong, daging/isi ayam
Carrot
Bunga kobis
Kacang panjang
Baby corn
1 batang serai - diketuk
3/4 helai daun limau purut
5/6 batang cili padi - diketuk
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - diketuk
Cili boh
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Cara : Tumis bawang besar ,bawang putih dan serai hingga naik bau dan masukkan daging/isi ayam. Masak hingga daging/isi ayam agak kering kemudian masukkan udang/sotong dan biarkan seketika. Kemudian masukkan cili boh, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis, garam serta daun limau purut.
Setelah itu masukkan semua sayur dan cili padi yg telah diketuk. Biarkan seketika dan rasakan garam dan boleh dihidangkan. Jangan dimasak terlalu lama kerana takut semua sayur akan layu.

Thursday, December 18, 2008

SPAGETI GORENG

Masak spageti ni utk dinner....
Bahan-bahan : (xde sukatan..saya agak-agak je)
Spageti
Daging dipotong kecik (gunakan daging kisar lagi elok)
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - diketuk
Cili boh
Sos tomato
Sayur : Brokoli, carrot dan bunga kobis
Capsicum - merah/hijau
Garam
Minyak untuk menumis
Cara :
Spageti direbus dengan sedikit minyak dan toskan.
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Keudian masukkan daging dan masak hingga daging empuk atau sedikit kering.
Masukkan cili boh, sos tomato, garam
Masak hingga sedikit pecah minyak dan akhir sekali masukkan spageti bersama sayuran dan capsicum. Goreng sehingga semua bahan bersatu dan rasakan garam.


ROTI GORENG RANGUP

Resepi dari HaSue@MyR
Bahan:-
8 keping roti (buang kulit tepinya)
serikaya secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 cm (1 sudu besar) marjerin
1 sudu kecil garam
sedikit gula (supaya gorengan sedikit berkilat)
sedikit pewarna kuning
Cara Memasak:-
Di dalam bekas satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan kacau dengan whisk, masukkan pewarna kuning, gaul rata dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong kepada 4 bahagian.
Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
Celupkan roti tadi ke dalam adunan teung dan goreng sehingga keperangan. Balik-balikkan selalu (kalau lagi garing, lebih rangup dan sedap!)

Thursday, December 11, 2008

AFRICAN MARBLE CAKE




African Marble Cake Sumber : Roshayati Johari (RN)
Bahan2 250g tepung naik sendiri
200g gula kastor
300g telur - timbang tanpa kulit ( guna 4 biji telur)
1camb ovellate
1camt baking pawder
2camb susu pekat
50g air (boleh guna fresh milk)
175g butter - cairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari (saya guna strawberry)

Cara:

Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

kek yg lembut dan gebu...memang sedap...
















Thursday, December 4, 2008

HOMEMADE PIZZA

tetiba tekak ni nak makan pizza le plak..heheheh...nak cari pizza hut kat tg. malim ni mana ada..paling dekat pun kat rawang je...malas le plak nak gi sana semata-mata nak gi pizza hut....so semalam kerajinan tu adala dtg sikit...jadi mulala menguli doh utk base pizza ni...eeem..sedap..lembut pizza base ni...resipi utk pizza base ni saya ambik dari blog kak ummi kuantan..tq kak ummi ye...

pizza tgh tunggu turn nak kena bakar..hehehe..tgkle cheese ku yg dipotong besar2 tu..eem kes nak cepat le tu...
Bahan (Base - 2 keping sederhana besar - tapi saya dpt 3 keping)
300 gm tepung gandum/tepung roti (saya guna tepung roti)
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
25 gm shortening (saya gantikan dgn marjerin je coz xde shortening)
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara:-

Campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening/marjerin..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu.

Bahan utk sos layer : (dah x ingat ambik kat mana..tuan punya resipi tq ye)
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air
1 cawan air
Cara : Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga pekat

Bahan topping (ni ikut selera saya dan apa yg ada dalam peti aisku)
sosej lembu/ayam - potong nipis
isi ayam/daging kisar
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato (potong daru)
1/2 biji capsicum merah(potong dadu)
1/2 biji capsicum kuning/hijau(potong dadu)
1 sudu cili boh
2 sudu sos tomato
garam
sedikit gula
1 sudu teh oregano
Mozarella cheese
Minyak untuk menumis

Cara-Cara:-
Panaskan minya dan tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan masak sehingga agak kering dan kemudian masukkan sosej, cili boh dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Kacau sebentar dan angkat. Oleskan sos pizza di atas doh yang telah dicanai tadi. Letakkan campuran bawang dan sosej, capsicum dan tomato. Tabur oregano dan mozarella cheese. Bakar sela
ma 2o minit pada suhu 180 deg. celcius.

eeemm..so yummy...dah siap...sedap makan panas-panas....so pn. alia..resipi dah ada ni buat jgn x buat tau...








Tuesday, December 2, 2008

DAGING MASAK MAMAK

Resipi ni saya ambik dari fp Maklang Azie..memang sedap...rugi kalau x cuba..ni pun saya dah pernah cuba sebelum ni masa bulan puasa ari tu..memang menyelerakan..makan ngan roti pun best jugak..so resipi ni saya copy paste je dari fp Maklang Azie tu... tq ye maklang sudi share resipi yg sedap ni..

Daging Masak Mamak - original resepi dari Mami Penang Sumber : Rosyanti Mahram (Rnet)...dah adapun yg angkat tangan
Bahan
1kg daging lembu (direbus sampai lembut)
2sbm serbuk cili kering (cap babas/allagapas) 1sk serbuk jintan putih
1sk serbuk sajira (btk spt jintan tapi mklang tak letak pun)

Bhn kisar:
Halia
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
5-10 labu bwg besar 2 btg serai - titik
Daun kari Daun pandan (simpulkan)
Daun pudina (option) - mklang tak letak
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri - mklang guna sos tomato
1sb minyak sapi (option)
1cwn bwg goreng (tumbuk halus)
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)

Cara
Panaskan minyak + minyak sapi.
Masukkan bhn kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, serbuk cili, jintan putih dan sajira...
kacau dan biar hingga naik aromanya. Masukkan daging dan airnya sekali. Bila daging dah lembut dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan daging itu empuk sekejap. Masukkan tomato puri, daun pudina dan air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Agak2 kuah dah naik kering, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah.






















Monday, December 1, 2008

SIMPLE LUNCH FOR MY LITTLE FAMILY

Simple lunch for my family on Saturday (29/11)...



Sambal tumis sotong petai
Bahan Utama
Sotong coklat (yg warna coklat)
Petai
Bawang besar - dihiris bulat

Bahan kisar:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga agak layu
Selepas itu masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak
Kemudian baru masukkan sotong dan biarkan hingga sotong lembut dan masukkan perahan
air asam jawa dan petai. Masukkan garam dan juga sedikit gula.