Klik-klik ajerr

Tuesday, October 11, 2011

NASI AYAM GORENG

 meh pakat ramai-ramai try nasi ayam goreng nih...memang sedap dan ada kelainan..sekali pandang cam nasi beriani pun ada....masa mula2 hidang nasi ni asben ckp nasi beriani tapi pastu bila dah mkn ngan salad + sambal tu baru dia percaya nasi ayam sebenarnya...masa tgh msk nasi pun baunya ala2 nasi beriani gituuu..semerbak harum satu umahhhh tu yg asben dari luar umah lagi ingat masak nasi beriani....apapun memang sedap nasi ni....ada kelainan & nak masak pun senang jer..bahan2 memang ada kat dapur jer...aku ambik resepi ni kat Dapur Mamasya...mintak izin share kat sini plak yer...

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*


Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair


Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 inci halia (ni aku tambah)
1/2 labu bawang besar-potong dadu
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.

Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap. (aku pun pun wat style gini gak - memang best sebab nasi msk dgn cantik bila ditutup ngan aluminium foil tu)

 
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.




sos pedas ni aku wat ikut sambal nasi ayam tu jer..memang mabelesss...yg penting en. asben sukaaa & suruh wat lagi tapi request nak ada papadom sekali....

Tuesday, October 4, 2011

Bihun Sup Utara

aku nak share resipi meehon sup utara yang memang meletopsss ni...lagi2 sambal merah tu memang klass kau maria..hihihihi....pasni tak yah lagi beratur nak beli kat beehon sup saudagar tu...resipi aku dapat dari sini...aku c&p jer resipi dari sini..tq yer pada tuan empunya resipi yg sedap nih dan mohon izin utk dishare kat blog aku ni...

Bahan2 utk sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar )
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih


Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar 2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka) ~aku guna daging jer

air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya~

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit   Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk - aku guna cara ni lebih sihat..hihihi..

Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.
Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.


Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri
)
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa

3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya


2 months

 alhamdulilah sudah 2 bulan lebih usia my little princess..maklong sentiasa berdoa agar  Batrisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah serta berjaya dalam hidup...AMIN....

 haiii..nama caya Nur Iris Batrisya...caya cayangggggggg maklong saya......

wajahmu, senyumanmu sentiasa di hatiku.......semoga Allah sentiasa melindungimu dan membesar dengan sihat dan sempurna....AMIN.....