Klik-klik ajerr

Tuesday, October 11, 2011

NASI AYAM GORENG

 meh pakat ramai-ramai try nasi ayam goreng nih...memang sedap dan ada kelainan..sekali pandang cam nasi beriani pun ada....masa mula2 hidang nasi ni asben ckp nasi beriani tapi pastu bila dah mkn ngan salad + sambal tu baru dia percaya nasi ayam sebenarnya...masa tgh msk nasi pun baunya ala2 nasi beriani gituuu..semerbak harum satu umahhhh tu yg asben dari luar umah lagi ingat masak nasi beriani....apapun memang sedap nasi ni....ada kelainan & nak masak pun senang jer..bahan2 memang ada kat dapur jer...aku ambik resepi ni kat Dapur Mamasya...mintak izin share kat sini plak yer...

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*


Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair


Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 inci halia (ni aku tambah)
1/2 labu bawang besar-potong dadu
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.

Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap. (aku pun pun wat style gini gak - memang best sebab nasi msk dgn cantik bila ditutup ngan aluminium foil tu)

 
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.




sos pedas ni aku wat ikut sambal nasi ayam tu jer..memang mabelesss...yg penting en. asben sukaaa & suruh wat lagi tapi request nak ada papadom sekali....

1 comment:

zehan said...

aiyakkk....sedapnya.....