Klik-klik ajerr

Friday, December 19, 2008

PAPRIK CAMPUR

Bahan-bahan :
Udang, sotong, daging/isi ayam
Carrot
Bunga kobis
Kacang panjang
Baby corn
1 batang serai - diketuk
3/4 helai daun limau purut
5/6 batang cili padi - diketuk
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - diketuk
Cili boh
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Cara : Tumis bawang besar ,bawang putih dan serai hingga naik bau dan masukkan daging/isi ayam. Masak hingga daging/isi ayam agak kering kemudian masukkan udang/sotong dan biarkan seketika. Kemudian masukkan cili boh, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis, garam serta daun limau purut.
Setelah itu masukkan semua sayur dan cili padi yg telah diketuk. Biarkan seketika dan rasakan garam dan boleh dihidangkan. Jangan dimasak terlalu lama kerana takut semua sayur akan layu.

No comments: