Klik-klik ajerr

Thursday, January 12, 2012

ombak rindu

 meh nak komen sikit pasai citer OMBAK RINDU yang dpt kutipan juta-juta tu...sana-sini orang sibuk memperkatakan tentang filem  yg membuatkan semua penonton yg menonton filem ni menitiskan airmata....tiket wayang pun sampai sold out dek penangan OMBAK RINDU nih...masa memula citer ni kluar jer dah ramai sangat yg teruja nak pegi tgk wayang citer ni tapi aku cam tak kisah jer lagi plak asben kalau tgk wayang takmonya layan citer melayu nih....memang dia tak layanla...mungkin sebab aku bukan peminat fanatik Aron Aziz ngan Maya Karin kot tu sebab aku xdela rasa teruja sangat nak tgk filem ni...

Rata-rata komen yg aku baca daripada penonton filem ni mengatakan OMBAK RINDU filem yg sangat-sangat menyentuh perasaan hinggakan sang lelaki yg menonton filem ni turut menitiskan airmata...wahhh hebat sangatkah filem ni sampai camtu sekali kejadiannya....tak kurang jugak review tentang babak-babak romantis antara Haris (Aron Aziz) dan Izzah (Maya Karin) yang begitu menyentuh perasaan penontonnya.. mungkin peminat-peminat Aron Aziz masih lagi dibayangi lakonan romantis Aron Aziz dalam drama bersiri Nora Elena dulu....tapi memang aku tak nafikan lakonan romantis Aron Aziz memang sangat2 menjadi kalau nak dibandingkan dengan pelakon2 lain la..itu pandangan akula walaupun aku ni bukanlah  peminat tegar Aron Aziz aku suker je kalau tengok dia berlakon kat tv tu....kalau dia bawak watak jahat pun ok gak mcm dlm filem KL Gangster tu...pendek kata Aron Aziz ni memang seorang pelakon yg sangat berbakat dan serba bolehla..

Okla ni komen aku setelah menonton sendiri OMBAK RINDU...aku tak tengok kat wayang ataupun suscribe kat Astrofirst tapi kebetulan aritu ada one of my offismate dah download movie ni kat Youtube so aku copy jer dari dia...dalam tak teruja nak tgk tu 2 kali gakla aku layan movie ni....hihihi..bukan apa first time tgk movie ni aku rasa cam biasa jer..cam citer2 melayu lain yg penah aku tgk sebelum ni jer.....atau sebab aku tak tgk kat wayang kot tu mood sedih tu agak kureng kot....pastu aku tgk semula utk kali ke-2...kali ni aku cuba untuk menghayati betul2 filem ni ....eeemmmm.....ikhlas dari hati akula filem ni ada auranya tersendiri yang boleh memikat penonton selain dari pelakon2nya yang meletop dan mantap tu...aku suka tgk lakonan Lisa Surihani dalam filem ni sebab dia membawakan watak antagonis yg bagi aku berjayala....well Aron Aziz memang berjaya menghidupkan watak Haris tu.....apapun Maya Karin memang sweet sangat dengan watak Izzah tu....apapun tahniah la pada pengarah filem ni Osman Ali kot kalau tak silap akula..hihihi....so dari 5 bintang aku kasi 4 kot...lagi satu yg buat filem ni meletop sebab aku rasa dah lama Malaysia xde kluarkan filem cinta camni selepas Dato'Yusof Haslam kluarkan filem Sembilu yang meletup gak dulu tu....mungkin peminat-peminat filem Malaysia sudah rindukan filem2 cinta  berbanding filem2 seram yang bersepah-sepah skrg ni kan....well it's just my opinion jgn plak ada yg sentap plak bila baca blog aku nih...

adakah aku akan menjadi peminat tegar Aron Aziz dan Maya Karin pas tgk Ombak Rindu ni...hihihihi..setakat ini ok-ok jer belum takat fanatik lagi yer... suka  jer aku tengok wajah yang cantik dan tampan ni  sebab kalau citer tak syok pun sebab hero/heroinnya cantik@hensem layan jer kan...hihihi....aku tau korang pun sama kannn mesti nak tengok pelakon yang cantik dan hensem jerr lagi2 pelakon2 korea yg comel-comel belaka cam my favourite actor Lee Min Ho (Boys Over Flowers)....

No comments: