Klik-klik ajerr

Monday, March 23, 2009

CHOCOLATE CHIP MUFFIN


chocolate chip muffin ni aku buat ptgnya plak hari yg sama aku buat chicken puff tu...bukan apa tak tau nak masak apa since mr hubby xde selera nak makan nasi sebab lunch tu pun dia makan chicken puff je sebab demam..buat muffin ni kot la dia lalu makan sebab ada chocolate sebab dia memang suka chocolate2 nih......berselera dia makan muffin nih..bnyk ketul jugakla dia makan...kiranya kenyang la jugak tu...


panas-panas...baru kluarkan dari oven nih..eeem..berbau satu rumah....mr hubby yg demam pun terbau muffin nih...cepat2 dia tanya apa yg sedap sgt bau nih...heheheh.....resipi aku letak kemudian la yek...
seperti yang dijanji, ni aku letak resipinya..c&p je dari blog KAK UMMI KUANTAN..tq kak ummi..

Bahan-bahan :
Bahan A
  • 1 cawan butter (dicairkan)
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur (pukul sikit)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
  • 3 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (*ayak bersama 2x)
  • 2 cawan gula perang
  • coklat chips secukupnya

Cara membuatnya :
  1. Panankan oven pada suhu 190'c selama 10 minit.
  2. Sediakan muffin papercup dan letak dalam loyang muffin.
  3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata.
  4. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B dan kacau rata dgn whisker.
  5. Jgn terlalu lama elok biar sebati je.
  6. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chips ke atas adunan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dlm 18-20 minit dan sejukkan di atas redai.





No comments: