Klik-klik ajerr

Monday, July 13, 2009

BUAT PAU LE PLAK...HUHUHU....

ramai kengkawan aku yg cakap blog aku ni penuh ngan makanan je...hehehe...sebenornya asal aku wat blog ni memang utk blog masakan sebab aku ni memang suka masak2 ni walaupun aku ni bukanle kategori yg pandai sgt memasak tu..saja suka mencuba pelbagai resipi utk santapan keluarga dan alhamdulliah apa yg aku sediakan utk juadah kami sekeluarga dpt diterima dan mendapat pujian tuh...hehehehe tu yg buatkan aku teruja sgt buat blog ni kekononnya nak publish sume resipi yg aku buatle ...so jgn konpius yek kalau asyik n3 makanan je yg kluar...hahahaha....tapi
yelakan dah blog aku, suka hati akule nak letak n3 apa..tul tak???? dahle x abis membebel je aku nih..jom tgk apa resipi aku utk kali nih...huhuhuhu....



pau inti kacang merah@cinta-wanhazisya....


sebelum dikukus....


resipi pau ni aku ambik jumpa kat my resipi.com...aku c&p je resipi pau nih yek...sedap dan lembut pau ni...

Bahan-bahan ( 8 biji - aku dpt 12 biji sebab buat kecil2 je)
  • 300g tepung gandum (next time buat aku nak try guna tpg hong kong)
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur (aku guna butter je sebab kehabisan shortening)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit. (aku x buat cam gitu pun terus bulat-bulatkan je dpt 12 biji)
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat. (aku letakkan inti kacang merah kerana nak mengabiskan red bean paste yg dok kat dlm esbok tu)
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

taraaaaaaaaa..inilah hasilnya.....sedap gebus je makan time panas-panas.....












2 comments:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Haizan, wao tengok makanan yang engko masak, keluar air lior saya. Saya di sini kadang-kadang makan kat luar kadang2 kalau rajin sikit saya masakle. cincai aje masakan orang bujang, tentu tak sedap punye janji dapat makan. Kalau sudi pos-posle kat sini. Alamat Jalan Danau Beratan no 57, Sanur, Bali.

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Haizan awat hang buat masakan yang sedap-sedap aje tu. Saya di sini dahle makan kat luar dan kalo rajin sikit masak sendiri, tentule terkeluar air liur tengok foto masakan engko tu. Kalao rajin antarle masakan tu kat alamat saya di sini Jalan Danau Beratan No. 57, Sanur, Bali. Terima Kasih. Dr Suhaimi