Klik-klik ajerr

Wednesday, July 22, 2009

SWEET NESTUM BAGUETTE



rasanya dah lama xde n3 roti nih....balik keja ptg semalam aku pun nguli roti ni so dinner kami mkn roti je ni jela...hubby laling pun x kisah ok je dinner mkn roti lagipun kenyang lagi katanya..(laki aku skrg ni perut dia dah kecik kot..x leh mkn bnyk2..heheheh) asal nama roti ni SWEET OATS BAGUETTE tapi ya ampun tuan punya resipi aku dah tukar namanya pada NESTUM SWEET BAGUETTE sebab oats tu aku tukar ngan nestum..dah nestum je yg ada kat umah kan..belasah jela...tapi apa pun mkn roti cereal cam gini sekali sekala sedap gak...pagi ni dpt gak aku tapau bawak gi ofis bagi geng2 ofis merasa.. yela aku asyik dok tayang kat blog je mana aci kan...apa pun dorang kata sedap..heheheh....okla bole diterima tu....resipi roti ni aku kopipes je dari blog CMG...
tq tuan empunya resipi yek sudi share reseipi yg best nih...x rugi mencuba roti ni..memang sedap mkn begitu je pun ok x yah nak cicah ngan air atau pun letak jem atau kaya...

BAHAN - BAHANNYA :-
  • 500 g tepung roti
  • 50 g quaker oats - ni yg aku modify..oats aku ganti ngan nestum..
  • 230 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 biji telur gred A*
  • 1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan dan kacau rata)
  • 15 g yeast segera
  • 15 g susu tepung
  • 125 g gula halus
  • 10 g garam
  • 1 camca teh bread improver
  • 1 camca teh bread softerner
  • 15 g mentega
  • 15 g lemak sayur (shortening) - aku ganti ngan mentega je...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali, mentega, lemak sayur dan air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh. Uli 10 minit. Masukkan mentega dan lemak sayur, dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan anjal (kira 20 minit). Bulat2kan doh dan rehatkan 15 minit.
  2. Bahagi doh kepada 4 bahagian sama besar (aku buat 3 bahagian je tu pasai roti tu nampak gemuk..heheheh), bulat2kan kemudian gelek memanjang kurang lebih kurang 14 inci, letak dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap, tutup dengan plastik dan biar naik selama 35 minit.
  3. Dengan pisau tajam, kelar 2 - 3 kelaran pada setiap roti tadi. Sapu dengan mentega dan tabur sedikit gula halus dan bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit hingga kuning keemasan, bergantung pada oven masing. Biarkan roti sejuk sebelum dipotong..
ni le rupe roti aku sebelum kebakaran...


ni plak rupe selepas kebakaran..gemuknye roti tuuuuuu....


1 comment:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Haizan, enaknya roti yang kau buat tu. bagilah saya sikit. Keluar air liur dibuatnya dahlah makan kedai aje nak masak malas kat sini..