Klik-klik ajerr

Tuesday, May 26, 2009

PANAS..PANAS..JOM SEJUKKAN TEKAK....


skrg ni cuaca panas terik betui kan...x kira siang malam memang berbahang panasnya...memang tak tahan wooo...kalau kat ofis tu kejap je xde aircond sume dah bising2..cepatje sume orng turn mood cepat naik angin kalau panas2....so apa kata dlm cuaca panas ni kita sejukkan tekak ngan puding roti marble ni..eemm...memang sejuk je tekak mkn puding ni lagi2 kalau dah disejukkan...abaikan corak marble aku yg x menjadi tu hahahah..yg penting rasanya yg lemak gitu....

Bahan-bahan (resipi dari my resipi.com) - ada yg aku adjust sikit...
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat - aku x letak pun
  • 170ml susu cair - aku letak 1 tin
  • 8gram serbuk agar2 - aku guna agar2 kering je
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) - aku buat 3 colour
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Monday, May 25, 2009

BAN PANDAN KAYA@PANDAN KAYA ROLL

satu lagi resipi roti yang aku try...x rugi mencuba memang sedap dan gebu mcm kita beli kat kedai tu je...hubby pun siap puji sedap dan roti yg cantik katanya..hahahah...apapun memang best sgt buat roti ni tapi lepas ni aku kena stop dulu la buat roti nih bukan apa kang badan pun bertambah naik gebu cam roti ni jugak..hahahaha....


saja aku corakkan mcm2 corak kaya tu..hahahah....layan jela....
resipi bole klik kat sini ye...


IKAN MASAK BERLADO MAKLANG

sedap lauk nih..rasanya ala2 tomyam pun ada gak memang sesuai le ngan tekak aku nih yg sukakan masakan yg ada daun limau purut......resipi dari MAKLANG tapi aku jumpa kat blog UMMI KUANTAN.... jom layan...

Bahan:-
  • Ikan selar (x dinyatakan berapa ekor, 3 ekor leh kot)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (ni aku sendiri tambah)
  • sedikit garam dan gula

Bahan Dikisar:-

  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili padi (kalau sapa yg suka pedas bole letak lebih)
  • 3 x 3 in belacan - dibakar sedikit
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato sederhana besar
Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik minyak .
  3. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
  4. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya.
  5. Biarkan sebentar supaya sambal meresapi ke dalam ikan. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, May 19, 2009

JAWAB TAGGED LA PLAK...

n3 kali ni nampaknya aku kena jawab tagged dari kak meg...kak meg dah remind aku tuh...huhuhu...kena jawabla ni...ni pun dah 3-4 hari jugak kot tertangguh....sori ye kak meg...heheheh

1. org luar sana tak kenal sapa kamu. Perjelaskan siapa kamu?

nama aku Nor Haizan bt. Ab. Wahab..di kalangan kawan-kawan ngan bos panggil aku haizan..kalau adik beradik panggil aku Yong sebab aku kakak sulong...kalangan sedara mara termasuk family hubby sume panggil aku nora...hubby aku panggil aku yang atau pun "inta" (singkatan pada cinta)..huhuhu...jgn ada yg geli geleman plak kang baca nih....hahahahah

2. sikap kamu yang mantap?

eeem..terkedu gak nak jawab nih..bertanggungjawab dalam apa juga yg aku buatla baik keja2 kat ofis atau pun kat umah...sebab aku ni jenis x suka nak tangguh2 keja lagi2 la aku dpt bos yg memang nak cepat je sume hal...lagi satu aku ni jenis sensitif jugak yek...emosi sikit le..mudah tersentuh kalau ada benda2 yg menyentuh kalbuku ini...eeem satu lagi ni aku ni memang jenis suka mencuba apa juga resipi sebab aku memang minat walaupun x berapa pandai pun sebenornya and yg jadi juri masakan aku x lain x bukan hubby aku la tu....

3. sikap kamu yang sangat jelek?

hahahaha...entahle..saoalan ni kena tanya kat kengkawan aku nih sure dpt jawapan... haahaha..tapi yang jelas aku ni jenis cepat melenting jugak..selalu jadi mangsa si zol la...hahahah..sian zol padahal kekadang bukan salah dia pun...tapi sekejap je melentingnye pastu cool balik....tapi kdg hubby aku pun cakap gitu gak..katanya aku ni cepat naik angin tapi kang tetiba je ok...heheheheh

4. apa gadjet yang kamu selalu bawak?

eeem..biasanya handphone je pun yg memang x penah tinggal mesti bawak gi mana2...

5. dah berapa handphone yang kamu pakai selama ini? Senaraikan brandnya. Jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang? Dah berapa lama?

aku ni bukanle jenis yg fanatik hp ni...setakat ni baru 4 je yg aku pakai...sume nokia je...and the latest yg aku tgh pakai skrg ni nokia 6288 slide tu....tu pun dah 2 tahun jugak aku pakai..aku ni jenis selagi phone tu bole operasi cam biasa memang aku x tukar le....lagipun phone yg aku pakai skrg ni walaupun cameranya 2 megapixel je tapi clear tau gambornya..tu kebanyakan gambor resipi2 aku tu aku guna phone camera je...dlm kepala otak ni ada la gak dok terpikir2 nak tukar hp tapi bajet x berapa cukup la...huhuhuu....tunggu jela kot hubby tetiba baik hati nak hadiahkan hp baru..hahahah...


6. siapa best friend kamu?

eeem...siapa ek...yg specified best friend sgt2 tu xdela..tapi adala 2-3 orang kawan2 di sekeliling aku ni yg memang baik ngan aku and can be trusted as friend....dulu masa time sekolah adala best friend nih...kami bertiga memang kawan baik..tapi la ni sume ngan hal masing2 je...

7. siapa yang kamu sayang selain family?

semua yang menyayangi diri ini....

8. lagik 10 tahun kamu jadi apa?

harap2nya masa tu aku dah naik gred la..hahhha....mudah-mudahan masa tu jugak doaku untuk mendapat zuriat dan menjadi seorang ibu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. hendaknya bagi menceriakan lagi kehidupan kami...insyaalah..amin.....terus dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik utk kami sekeluarga....

9. kata-kata hikmah yang kamu pernah dengar dan paling suka?

hahahah...apa dia plak nih....tapi apa yg aku bole kongsi adalah kata-kata yang selalu diberikan oleh suamiku ketika aku dalam kesedihan..."jangan pedulikan apa orang lain kata kerana walau apa pun org lain cakap tentang awak, abg tetap di sisi awak"...huhuuhu..terharu dgr kata2 tu dan bersyukur sgt kerana aku dikurniakan seorang suami yang amat memahami.....

10. dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?

eeem..setakat ni baru ada 3 rasanya...huhuhu...xde orang nak jadi follower aku agaknya...


11. senaraikan follower yang paling kamu suka? (tak kira kuantiti).

aku x kisah sesapa saja bole join blog aku nih...

12. saya nak tag:

eeem..xde nak tag sapa2 kot..kawan2 yg terbaca tag ni kalau rajin jawable..hehehehe.....

Monday, May 18, 2009

DEMAM ROTI...


alamak sahla aku dah terkena demam roti nih...masuk dapur je mesti tgn tu ringan je kluarkan tepung roti..eeeem...tgh semangat tul buat roti skrg nih...resipi yg lain q la dulu tunggu giliran yek....ni projek weekend baru nih...eksperimen roti nasi ngan mexican bun...memang x sia-sia mencuba hasilnya berbaloi..siap ada permintaan lagi..hehehehe


rupa mexican bun aku yg belum dibakar

Bahan-bahan ( aku buat half dari resipi nih )

Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar
Topping
  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas - aku guna instant nescafe 3 in 1
  • 200 gm tepung gandum
Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  • Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  • Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • Masukkan telur dan air/susu segar.
  • Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  • Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.


ni plak baru kluar dari oven..sedap wooo..mkn panas-panas...mexican bun ala-ala roti boy gitu...nyumm..nyumm...aromanya yg semerbak lepas rindu aku makan roti boy sebab kat tg. malim ni xde pun..selalu aku beli kat tesco ipoh je..


ni la roti nasi yg aku eksperimen tu...lembut roti nih dan memang sedap....akan ada ulangan kali kedua roti nih...heheheheh

Bahan-bahan - resipi aku ambik dari hana blogspot..
  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 - aku bulat-bulatkan aje...
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.




Wednesday, May 13, 2009

BUN MANIS



layan gambar je dulu yek...resipi aku letak kemudian ye...maklumla ni tng musim menguli roti tu yg asyik n3 roti je yg kluar...hahahahah


Bun Manis - resipi aku jumpa kat my resipi.com from onigiri
  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
  • 2 sudu besar susu tepung ( pau anas nye susu tepung)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver

Caranya
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.

Monday, May 4, 2009

KEK PISANG


jom kita buat kek pisang le plak...hehehehe....buat kek pisang ni utk dikirimkan pada mak aku sebab aku x balik kg cuti 3 hari lepas..so kirim je kat adik aku yg balik kg...mak aku memang suka kek pisang ni..habis licin kata adik aku..siap mak aku pesan suruh bawak lagi nanti....hahahahah....apapun resipi kek pisang ni memang sedap..dahla tu nak buat pun memang senang dan gerenti menjadik punya la....dah bnyk kali aku buat pun sebenornya...resipi aku ambik kat my resipi.com...

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

ROTI KENTANG

ni plak roti kentang yang buat..nampaknya skrg ni aku ni dok uli roti jela sebab dah beli tpg roti bnyk ari tu...hahaha..tapi hubby aku kata stop le dulu buat roti..x larat nak makan roti je...hahahahha..baru je cadang nak buat roti lagi terbantutle dah hubby kata gitu kang xde sapa plak nak makan..nasib baik tpg roti tu sume lambat lagi expired..kalau tak naya je...rugila plak...
layan gambor jela dulu..resipi nantile aku letak ye...

memang sedap dan lembut roti nih..mcm beli kat kedai je...hehehehe....

seperti yang dijanji ni aku c&p je resipi dari RINCHAN FP...

Bahan-bahan

  • 300gm tepung berprotein tinggi
  • 2 tsp yis segera
  • 3/4 tbs susu tepung
  • 3/4 garam halus
  • 50gm-70gm gula castor
  • 60gm kentang lecek
  • 1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
  • 135ml air sejuk dari petiais
  • 30gm mentega
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
  2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
  3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
  4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
  5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
  6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
  7. * Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:
  • 1 tbs tepung gandum
  • 1 tbs tepung custard atau tepung jagung
  • 4 tbs gula castor/gula pasir
  • 1 cup susu segar (250ml)
  • 1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
  • Secubit garam halus
  • 1 tbs mentega
Cara-cara:
  1. 1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
  2. 2. Masukkan telur dan kacau sebati.
  3. 3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.



OPOR AYAM MERAH

sebenarnya ni dah kali ke-2 aku masak opor ayam merah nih tapi yg first tu x sempat nak ambik gambor pun dah abis..ni second time buat terus ambik gambor..takut terlupa kang abis terus kena ngap..hahahaha...sedap resipi ni rugi kalau x cuba...rasanya ala2 rendang gitu tapi ada keunikan tersendiri...kalau nak tau kenala cuba ye...resipi ni aku jumpa kat KAK UMMI KUANTAN punya blog..lepas tgk kat blog akak tu terus teringin sgt nak rasa tu yg aku buat tu....memang berbaloi dan sedap...jom kita layan resipinya kat bawah ni....
Bahan :
  • 1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan (aku buat half je)
  • 1 sudu makan kerisek (aku letak 2 sudu besar kerisek-homemade punya yg mak aku kirim dari kg)
  • 1 cawan bawang goreng (ditumbuk halus - aku blend je)
  • 1/2 tin tomato puree
  • 2 biji tomato potong dadu (aku x letak pun)
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 1/2 biji kelapa - ambil 1-2 cawan santan (guna santan kotak pun xpe)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar halus:
  • 10 tangkai cili kering (utk yg suka pedas bole tambah lagi)
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 inci halia
  • 3 hiris lengkuas (aku x letak pun sebab xde stok)
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak :
  1. Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga kuning.
  3. Masukkan ayam yg bergaul rempah dan balik-balikkan sebentar.
  4. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul rata.
  5. Masukkan pula tomato dadu, tomato puree dan kerisek. Masak hingga kering.
  6. Apabila sudah kering, masukkan santan, gula dan garam sekucup rasa.
  7. Biarkan hingga naik minyak dan ayam masak. Balikkan ayam sesekali.
  8. Bila agak pekat, tutup api. Bole dihidangkan bersama nasi, pulut atau roti (first time buat aku makan ngan nasi tomato..emm..memang sedap..cicah ngan roti pun sedap jugak tau)
aku buat ada berkuah sikit..senang nak cicah ngan roti..hehehehe....


ROTI SAUSAGE


adunan roti ni aku ambik dari MAT GEBU blogspot...adunan doh bun manis ni asalnya dari ALEX GOH tapi aku c&p je resipi asas doh bun manis ni dari blog MAT GEBU..doh bun manis ni boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing le tapi aku buatkan roti sausage mengunakan resipi ni...
BAHAN DOH BUN MANIS :-

Bahan A
  • 480 tepung roti (high protein flour)
  • 120 gram tepung gandum
  • 110 gram gula halus
  • 10 gram garam
  • 20 gram tepung susu
  • 4 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver

Bahan B :
  • 1 biji telur
  • 300 ml air

Bahan C :
  • 60 gram mentega

Untuk bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing dan utk bun ni aku letak sausage je sebab adik2 aku ada kat umah dan permintaan diaorng le nak letak sausage....

CARA MEMBUATNYA :
  1. Untuk doh bun manis - satukan bahan A dan gaul rata.
  2. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Tambah bahan C dan terus menguli hingga menjadi doh yg lembut dan anjal.
  4. Alih dalam bekas yang disapu mentega dan tutup dgn plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Untuk inti sausage - Setelah doh dibiarkan selama 1 jam dan naik, keluarkan doh dan tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  6. Kemudian bulatkan doh dan bahagikan sama saiz dan lilitkan doh tersebut pada sausage yang telah dicelur tadi (aku dpt dlm 12 ketul utk inti sausage) yg selebihnya ada 5 ketul aku letak inti kacang merah.
  7. Alihkan doh ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dgn sedikit mentega. Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit bijan dan biarkan doh naik sedikit (lebih kurang 50 minit) dan bolelah dibakar dgn suhu 180'c selama lebih kurang 20-25 minit.
  8. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan terus gliskan permukaan roti dgn mentega.


ni le rupa roti sausage aku yg x berapa cantik tu..heheheheh