meehon singapore ni buat utk sarapan pagi masa kakak ipar aku dtg tido kat rumah 2 minggu lepas...aku dpt resipi ni dari makcik aku kat kg nun..masa tu mak aku mintak tlg dia masakkan meehon ni sebab ada kenduri kat rumah...so ni aku ikut resipi dia la..mungkin ada resipi lain utk masak meehon ni tapi lebih kurang je kot...
Bahan-bahan :
1 paket meehon (dicelur)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Daging/ayam (direbus dan air rebusan juga digunakan)
Udang
Fish cake - 2 keping (dihiris nipis) - ni aku x letak pun sebab xde...
1 ketul kiub ayam maggi
Sedikit kicap manis (ni aku sendiri letak)
Sayur kobis/sawi/carrot (nak letak semua jenis pun xpe)
Garam secukup rasa
2 batang cili merah (dihiris halus)
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih yg telah ditumbuk hingga naik bau dan masukkan lada hitam yang juga telah ditumbuk. Kemudian masukkan rebusan ayam/daging bersama air rebusan, udang dan fish cake. Masukkan kiub ayam maggi dan biarkan seketika dan bole tambah sedikit kicap manis kalau suka...masukkan garam dan juga sayur dan bole masukkan meehon juga dan kacau hingga semua bahan bersatu dan masak. Boleh tambahkan hirisan cili merah, daun bawang dan daun sup dan juga bawang goreng semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment