Klik-klik ajerr

Monday, December 5, 2011

APPLE CRUMBLE MUFFIN

 wat muffin ni sebab stok epal hijau aku tak berusik langsung...kesnya aku terlupa yg aku ada beli epal kat pasar mlm aritu..ntah camne aku leh lupa plak ada stok epal kat umah...10 biji plak tu..huhuhu..nasib baik elok lagi epal tu...padahal dah masuk 3 minggu kot aku beli..ntahle agaknya sebab pas beli tu aku terus msk kat dlm peti ais ngan plastiknya sekali kot tu yg aku tak perasan ada epal..hihihi....
bagi aku muffin ni sedap lagi-lagi bila dah disimpan semalaman...muffin ni jadi lembab2 gitu lagi2 crumble kat atas tu...sedappppp..jadi kalau ada stok epal hijau kat umah yg tak bole nak abis apa kata transformkan jadi muffin ni..memang terbaikkk...lenkali wat aku nak letak crumble tu bnyk sikit..baru nampak timbul sikit mcm CMG wat tu..hihihi...


APPLE CRUMBLE MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 1 camca teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 g mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
    CATATAN MAT GEBU :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....


No comments: