Klik-klik ajerr

Monday, January 19, 2009

DONUT


buat donut ni utk minum petang...lama dah sebenarnya nak try buat donut ni tapi ni baru berkesempatan utk try...senang je rupanya..hasilnya memang nyum..nyum.....sedap..lembut dan gebu..hubby pun kata memang sedap...entah berapa ketul dia makan...kenyang sampai malam..memang puas hati buat sendiri..nampaknya next time kalau nak makan donut memang buat sendiri la ni..hubby pun kata buat sendiri lagi sedap...




Jom layan resipi dari HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan (aku buat separuh je dari adunan ni ..tu pun dpt bnyk jugak..puasla makan)

500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (aku campur 2 jenis tpg - tpg roti dan tpg gandum sebab stok tpg roti ada sikit je)
1 Peket Yis Segera(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan) - aku x letak pun sebab xde
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Tepung Susu(kalo xde,boleh gantikn dgn 2 sudu susu pekat) - aku guna susu pekat je
1 Bji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua.

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

No comments: