Klik-klik ajerr

Wednesday, May 13, 2009

BUN MANIS



layan gambar je dulu yek...resipi aku letak kemudian ye...maklumla ni tng musim menguli roti tu yg asyik n3 roti je yg kluar...hahahahah


Bun Manis - resipi aku jumpa kat my resipi.com from onigiri
  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
  • 2 sudu besar susu tepung ( pau anas nye susu tepung)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver

Caranya
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.

No comments: