Klik-klik ajerr

Monday, May 18, 2009

DEMAM ROTI...


alamak sahla aku dah terkena demam roti nih...masuk dapur je mesti tgn tu ringan je kluarkan tepung roti..eeeem...tgh semangat tul buat roti skrg nih...resipi yg lain q la dulu tunggu giliran yek....ni projek weekend baru nih...eksperimen roti nasi ngan mexican bun...memang x sia-sia mencuba hasilnya berbaloi..siap ada permintaan lagi..hehehehe


rupa mexican bun aku yg belum dibakar

Bahan-bahan ( aku buat half dari resipi nih )

Filling
  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar
Topping
  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas - aku guna instant nescafe 3 in 1
  • 200 gm tepung gandum
Doh Roti
  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  • Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  • Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  • Masukkan telur dan air/susu segar.
  • Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  • Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.


ni plak baru kluar dari oven..sedap wooo..mkn panas-panas...mexican bun ala-ala roti boy gitu...nyumm..nyumm...aromanya yg semerbak lepas rindu aku makan roti boy sebab kat tg. malim ni xde pun..selalu aku beli kat tesco ipoh je..


ni la roti nasi yg aku eksperimen tu...lembut roti nih dan memang sedap....akan ada ulangan kali kedua roti nih...heheheheh

Bahan-bahan - resipi aku ambik dari hana blogspot..
  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 - aku bulat-bulatkan aje...
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.




No comments: