Klik-klik ajerr

Monday, May 4, 2009

ROTI KENTANG

ni plak roti kentang yang buat..nampaknya skrg ni aku ni dok uli roti jela sebab dah beli tpg roti bnyk ari tu...hahaha..tapi hubby aku kata stop le dulu buat roti..x larat nak makan roti je...hahahahha..baru je cadang nak buat roti lagi terbantutle dah hubby kata gitu kang xde sapa plak nak makan..nasib baik tpg roti tu sume lambat lagi expired..kalau tak naya je...rugila plak...
layan gambor jela dulu..resipi nantile aku letak ye...

memang sedap dan lembut roti nih..mcm beli kat kedai je...hehehehe....

seperti yang dijanji ni aku c&p je resipi dari RINCHAN FP...

Bahan-bahan

  • 300gm tepung berprotein tinggi
  • 2 tsp yis segera
  • 3/4 tbs susu tepung
  • 3/4 garam halus
  • 50gm-70gm gula castor
  • 60gm kentang lecek
  • 1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
  • 135ml air sejuk dari petiais
  • 30gm mentega
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
  2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
  3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
  4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
  5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
  6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
  7. * Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:
  • 1 tbs tepung gandum
  • 1 tbs tepung custard atau tepung jagung
  • 4 tbs gula castor/gula pasir
  • 1 cup susu segar (250ml)
  • 1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
  • Secubit garam halus
  • 1 tbs mentega
Cara-cara:
  1. 1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
  2. 2. Masukkan telur dan kacau sebati.
  3. 3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.



No comments: