

resipi aku ambik di My resipi.com
Bahan-bahan ( 10 biji ) - aku buat adunan double utk dpt lebih sikit..
Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin (aku guna marjerin)
60 gm gula aising (aku guna gula castor je)
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum (aku guna tepung berserbuk penaik..heheh..naik gebu pastry tu..)
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising (aku guna gula castor je)
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon - (aku x letak pun)
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry:
Pukul mentega dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling: Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.